Wanita Bersorak Gembira Selepas Bercerai

 



Mungkin ini pertama kali kita mendengar kisah seorang wanita bersorak gembira sebaik sahaja keluar dari pejabat Agama selepas bercerai. 

Kebahagiaan berumahangga sehingga ke akhir hayat impian setiap pasangan yang berkahwin.Namun kita yang merancang, Tuhan menentukan. 

Segala ketentuan dan perancangan dari Maha Esa pasti ada sebabnya. Begitu juga dalam perhubungan suami isteri. Kemungkinan bagi setengah pasangan hidup berumahtangga cukup menyiksakan. 

Tidak heran bila pasangan yang bermasaalah mengambil jalan mudah dengan bercerai. Cuba hidup sendiri dan cuba hidup bebas.

Apa kisah disebalik kegirangan seorang wanita yang cukup gembira selepas isu penceraiannya selesai di pejabat Agama tular di laman Tik Tok. 

Jelas di dalam video berkenaan seorang wanita cukup gembira sewaktu keluar dari pejabat Agama di negara jiran. 

Tidak seperti wanita lain apabila keluar dari pejabat agama khususnya melibatkan isu penceraian akan kelihatan sugul serta sayu. 

Lain pula karekter wanita yang tular di video ini. Beliau tampak riang gembira setelah melangkah keluar dari pintu pejabat agama berkenaan. 

Pastinya lagak wanita berkenaan mengejutkan semua orang yang tidak menyangka sebegitu karekternya. Pasti hidup berumahtangga bagi wanita tersebut sesuatu yang menyiksakan. 

Mimik muka sedih langsung tidak kelihatan di wajah beliau. Tertera di laman Tik Tok milik   'dehananda 77'  tulisan yang menjelaskan situasi dirinya selepas bercerai. 

"Tak ada apa yang perlu disedihkan,lagi enjoy life single, No stress,duit,tenaga semua boleh simpan" demikian tulisan yang tertera di laman Tik tok beliau selepas isu penceraiannnya selesai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ