Sudah 11 Tahun Ketagih 'Makan Sabun Serbuk'

 


Satu perkongsian di Tik Tok @zakraaa.4 yang tular baru-baru ini mengaku mempunyai tabiat yang pelik. Nafsu makannya secara tiba-tiba terbuka apabila mencium bau sabun yang wangi.Kecenderungan untuk makan "Sabun Serbuk" berkenaan cukup kuat.  

Pengakuan secara ikhlas dari wanita berkenaan pastinya mengejutkan semua orang. Rupa-rupanya sudah 11 tahun "Ketagihan" makan serbuk sabun. 

Pastinya kita akan tertanya-tanya kenapa serbuk sabun menjadi pilihan selera beliau? Pelbagai lagi makanan yang enak dan segar boleh dimakan.

Apa yang pasti wanita ini berkongsi dengan orang ramai bagi mendapatkan tip agar dapat beliau menghentikan tabiat buruk tersebut. 

Tabiat memakan benda aneh ini dikategorikan sebagai "Pica Disorder". Ianya menjadikanseseorang cenderung memakan bahan yang bukan makanan contohnya seperti kertas,kaca dan sebagainya. 

Menceritakkan detik bermulanya beliau memakan serbuk sabun, wanita tersebut berkata ianya bermula 11 tahun lalu, beliau cukup suka dengan keharuman bau serbuk sabun yang digunakan untuk membasuh baju. 

Lantaran terlalu suka dengan keharuman serbuk berkenaan timbul perasaan ingin  mencuba makan serbuk berkenaan.Selepas percubaan pertama makan serbuk sabun tersebut berjaya tanpa sebarang risiko.

Maka atas dasar kepelikan rasa serbuk sabun berkenaan menjadikan ianya tersenarai sebagai makanan kegemaran kepada wanita tersebut. 

Menerusi perkongsian di Tik Tok,wanita berkenaan memohon orang ramai tidak mengutuk atau mencela perbuatannya. 

Beliau mengalu-alukan seiapa sahaja yang dapat membantu bagi menghilangkan tabiat kurang sihat yang diamalkan sekarang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ