Pembaca Berita Tertelan Lalat Sewaktu Bersiaran

 

Farah Nasser,pembaca berita saluran televisyen Global News Canada secara tidak sengaja tertelan lalat ketika bersiaran langsung. 

Insiden tersebut jelas menampakkan raut wajah Farah seolah-olah tercekik sesuatu dan diam seketika, namun beliau tidak merasa jijik dengan apa yang berlaku. 

Menurut Farah, beliau berkongsi rakaman berkenaan kerana kita semua perlukan gelak ketawa untuk menghadapi hari-hari mendatang. 

Sewaktu kejadian Farah sedang membaca berita mengenai banjir di Pakistan. Insiden tersebut tidak menghalang beliau untuk meneruskan siaran langsung berita. 

Farah berkongsi video insiden berkenaan di media sosial. Pelbagai pihak memuji sikap Farah yang tidak melatah dengan insiden tersebut. 

Beliau memang seorang professional, masih mampu meneruskan penyampaian berita seolah-olah tiada sebarang kejadian yang berlaku pada dirinya,demikian pujian dari netizen yang menonton video yang telah dimuat naik oleh Farah di media sosial. 

Farah sendiri tidak ketemui jawapan bagaimana seekor lalat boleh menyelinap masuk ke dalam studio. Bagi Farah insiden berkenaan tidak memudaratkan dirinya dan terasa sihat seperti sebelumnya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ