Pemandu Sempat Terjun Sebelum Lori Rempuh Tiang Jejantas

 


Keputusan drastik terjun dari lori ternyata telah menyelamatkan pemandunya dari mengalamai kecederaan dalam satu insiden sebuah lori melanggar tiang jejantas. 

Tular video di media sosial bagaimana seorang pemandu lori terjun selamatkan diri sebelum lori yang dipandunya melanggar tiang jejantas, kejadian dipercayai berlaku di kelang. 

Video yang tular menerusi aplikasi Tik Tok jelas menunjukkan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan bergerak dalam keadaan tidak terkawal. 

Lori yang bergerak dalam keadaan tidak terkawal itu dilihat dalam keadaan laju menuju kearah jejantas sebelum melanggar salah satu tiang jejantas berkenaan. 

Tindakan drastik pemandu lori tersebut yang terjun ke jalanraya telah berjaya menyelamatkan dirinya. 

Sementara lori berkenaan tanpa pemandu terus bergerak laju dan merempuh tiang jejantas tersebut. 

Kelibat pemandu lori berkenaan yang bangun serta dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan serius jelas kelihatan di dalam video tersebut. 

Lori berkenaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan susulan hentakan pada tiang jejantas. Punca kejadian masih lagi belum di ketahui setakat ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ