Pemandu lori Maut, 7 Anggota Polis Parah Kemalangan Di Lebuhraya Plus

 


Seorang pemandu lori maut, manakala tujuh anggota Polis cedera parah selepas insiden yang melibatkan kemalangan di lebuhraya plus di kilometer 225 arah utara petang khamis.

Menurut Deputi Superintendan Hazri Mohamad, Ketua Polis Daerah Rembau berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 3.40 petang melibatkan sebuah van pasukan polis. 

Seramai tujuh anggota polis dari Johor Bahru Utara berada di dalam van berkenaan. Kemalangan tersebut juga membabitkan sebuah lori  dan dua kereta. 

Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang pemandu lori maut di tempat kejadian dan tujuh anggota polis yang berada di dalam van cedera parah. 

"Semua mangsa di bawa ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut,"ujar Ketua Polis Daerah Rembau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ