Pelitup Muka(Mask) Tidak Lagi Wajib Di Pakai Semasa Menaiki Kapal Terbang - KKM

 


Pelitup Muka (mask) tidak lagi menjadi satu kemestian untuk dipakai sewaktu menaiki kapal terbang. 

Kelonggaran tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. 

Pihak KKM telah mengeluarkan satu kenyataan yang berkuatkuasa serta merta hari ini 28 September 2022.


Dalam kenyataan tersebut KKM telah melonggarkan syarat pemakaian pelitup muka sewaktu menaiki kapal terbang. 

Ini berdasarkan kajian situasi semasa Covid-19 dan juga mengambilkira keperluan terkini. 

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tersebut dibuat setelah mengambilkira penambahbaikan dalam teknoloji kapal terbang dan juga beban kes Covid-19 di negara kita lebih terkawal. 



Empat faktor utama di dalam sistem penerbangan jelas menunjukkan betapa syarikat-syarikat penerbangan memandang serius langkah-langkah pencegahan penyakit Covid-19 demi memastikan penumpang dan krew mereka terselamat dari gejala penyakit tersebut. 

1. Pengudaraan yang baik di dalam kabin.

2. Susunan tempat duduk  ke hadapan.

3. Kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang.

4. Pengunaan penapis High Effiency Particulate(HEPA) untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara.

Selain itu juga kelonggaran tersebut adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara Kesatuan Eropah,Amerika Syarikat,Australia, New Zealand dan Singapura.

Namun keperluan memakai pelitup muka di dalam kapal terbang tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.

Ini merupakan satu berita yang gembira dan di tunggu-tunggu oleh mereka yang berulang alik menggunakan perkhidmatan udara.

Sudah pasti sepanjang di dalam kabin agak merimaskan apabila memakai pelitup muka,khususnya penerbangan yang jauh dan memakan masa yang lama.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ