500 NAMES CANCER RIDES 2022 - CAKNE




Bulan September merupakan bulan kesedaran Kanser kanak-kanak Antarabangsa.

Misi yang diberi nama '500 NAMES CANCER RIDES 2022' telah digerakkkan.

Ianya merupakan satu usaha gabungan grup motosikal berkuasa tinggi dalam visi memberi kesedaran kanser kanak-kanak serta menjana sumbangan buat kanak-kanak penghidap kanser.

Dalam misi ini,penganjur juga berhasrat untuk menyampaikan sumbangan kepada 500 nama kanak-kanak yang menghidap kanser di negara kita. 

Acara pelepasan Konvoi di UKM Bangi oleh Naib
Cancellor UKM Prof Dato' GS.TS. Dr Mohd Ekhwan

Usaha murni ini mendapat sokongan padu dari Kelab Penunggang Motosikal Ukhwah Kembara Malaysia(UKM Bikers),Kelab Kebajikan Penunggang Motoskal Malaysia(WOC) dan Persatuan Jururawat Kesihatan Mental Malaysia(MHN). 

Menurut Presiden Kelab UKMB yang juga Presiden WOC, Proffesor Dr Sharifa Ezat binti Wan Puteh, usaha ini adalah bagi menyokong Persatuan Sokongan Kanser Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya CAKNE.

Prof Dr Sharifa Ezat Presiden UKMB dan Presiden WOC

Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah merupakan pembuka tirai program 500 NAMES CANCER RIDES 2022.

Majlis Hi-Tea telah diadakan di Hotel Lacista seiring Penubuhan 'Chapter CAKNE' Peringkat Melaka oleh wakil TYT Negeri Melaka Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh 25 kanak-kanak penghidap kanser bersama keluarga.

Senator Datuk Mohd Ridhwan

"Kanser adalah dugaan yang besar dan perlu jagaan yang berulang-ulang'" tegas Senator Datuk Mohd Ridhwan sewaktu merasmikan Tabung Kanser Kanak-Kanak CAKNE Peringkat Negeri Melaka. 

Tambahnya lagi, beban ini menjadi lebih besar untuk keluarga miskin dan asnaf.Kanser bukan setakat menyerang golongan dewasa,malah turut juga menyerang kanak-kanak. 

Sumbangan serta sebarang bentuk bantuan akan dapat mengurangkan tekanan kos pengangkutan kepada keluarga mangsa penghidap kanser yang terpaksa berulang bagi jalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

 
Perasmian Tabung Kanser
Kanak-kanak CAKNE
Peringkat Negeri Melaka
Oleh Senator Datuk Mohd Ridhwan

Semoga segala usaha Tuan Hj Mohd Shah Awaluddin Pengasas Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak PPUKM mendapat perhatian pihak yang bewajib serta jadikan ianya tanggungjawab yang harus dipikul oleh Keluarga Malaysia.

Sumbangan disampaikan kepada
Kanak-Kanak Penghidap kanser
Oleh Senator Datuk Mohd Ridhwan

Penglibatan seramai 50 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi dari 2 kelab yang terlibat tidak akan berakhir di Negeri Melaka. 

Mesej 500 NAMES CANCER RIDES 2022 akan diteruskan sehingga misi tercapai.

Usaha murni berkenaan bukan digalas oleh CAKNE sahaja malah menjadi tanggungjawab Seluruh rakyaat Malaysia. 

Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kanak-kanak yang menghidap kanser kepada CAKNE di laman sesawang www.cakne.org.my.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ