1 Rider Grab Maut, 1 Rider Lalamove Parah Dirempuh Kereta

 




Baru 2 minggu mengecapi kemanisan berumahtangga, seorang rider grab yang dikenali sebagai Amin telah pergi buat selama-lamanya. 

Penunggang Grab yang maut baru
melangsungkan perkahwinan pada 9 Sept lalu

Peristiwa yang menyayat hati ini berlaku pada Jumaat di persimpangan lampu isyarat  di Jalan Meru  - Jalan Haji Sirat. Insiden  yang melibatkan 5 buah kenderaan. 

Menurut Ketua Polis Kelang Utara, Vijaya Rao Samachulu, polis menerima laporan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan SUV, sebuah  Proton Wira dan dua buah motosikal pada jam 2.30 petang semalam.


Punca kemalangan dikenal pasti apabila sebuah SUV di lorong ketiga hendak membelok ke kanan. Secara tiba-tiba SUV yang kedua datang dari belakang dalam keadaan laju juga ingin membelok ke arah yang sama. 

Akibatnya berlaku perlanggaran sesama SUV berkenaan dan kesannya kedua SUV tersebut terbabas lalu merempuh kedua motosikal dan sebuah Proton Wira dari arah bertentangan. 

Penungang motosikal yang maut dikenali sebagai Amin ,34, dikatakan baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 9 September lalu. 

Sementara nasib seorang lagi Rider Lalamove yang parah dalam kejadian tersebut agak menyedihkan. 

Beliau yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi menerima rawatan lanjut.

HK dimaklumkan rider lalamove, 29, kini sedang menunggu hari untuk menimang cahaya mata. Isterinya dikabarkan sarat mengandung. 

Insiden berkenaan telah terakam di dashcam salah seorang pengguna jalanraya dari arah bertentangan yang jelas menunjukkan keadaan sebenar berlakunya kemalangan. 

Kedua pemandu SUV yang bersia 20 dan 24 tahun telah di tahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ