8 Koleksi Helmet Terbaru M35.0 SCUDO Diperkenalkan Oleh GIVI.




Secara rasminya Givi Asia Sdn Bhd telah melancarkan 8 koleksi produk helmet Jet M35.0 SCUDO. Topi keledar yang mematuhi piawaian keselamatan terkini ECE R22.06. 

Model helmet M35.0 SCUDO ini dibangun mengikut piawaian yang ketat serta diinovasi bersesuaian bentuk kepala penunggang di negara Asia. 

ECE R22.06 merupakan kod Standard Piawaian Homoglasi terbaharu yang lebih ketat untuk topi keledar yang diiktiraf  di Eropah serta diguna pakai di negara-negara luar seluruh dunia. 

Majoriti bentuk kepala penunggang di Asia lebih bulat jika dibandingkan bentuk kepala penunggang di negara  Barat yang agak melonjong. 

Helmet 8 koleksi terbaru ini jelas dapat dilihat kerangkanya bersaiz kecil  iaitu S,M dan L. Sementara kerangka yang besar khusus bagi penunggang kepala bersaiz XL dan XXL. 

Keistimewaan helmet berkenaan ialah terdapat dua jenis Visor disediakan iaitu visor anti calar dan visor matahari.



 "Micrometic Quick Release Buckle"iaitu ciri bukaan cepat dan ventilasi udara dibahagian depan atas dan belakang. 






8 koleksi pilihan grafik ialah :- 


1) Solid Ice White



 2) Solid Grey 



3)  Graphic Draco Black Red


 

4) Graphic Draco Yellow Blue 



5) Graphic Kraken Neon Yellow 



6) Graphic Torch Black  Blue


 

7) Graphic Ventura Grey Yellow 



8) Graphic Ventura White Blue 

Helmet GIVI M35.0 SCUDO dijangka akan berada dipasaran mulai September di GIVI Point dan pengedar sah GIVI di seluruh negara.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ