PENDEDAHAN - BENELLI TRK 702 Bakal diLancarkan




Belum masuk pertengahan tahun 2022, Benelli nampaknya maju ke depan dalam mengiatkan pengeluaran jentera mereka. 

TKR 702, menurut sumber model ini merupakan varian TRK terkini bakal dilancarkan penghujung tahun nanti.Dikatakan Varian berkenaan merupakan langkah awal untuk tahun 2023.



Pendedahan paten terbaru berkenaan dikatakan bakal mengantikan TRK 502. Semenjak model TRK 502 telah diperkenalkan ke negara kita pada tahun 2018 ianya mendapat sambutan diluar jangkaan. 

TRK 502

TRK 502 berjaya mencatat rekod,ianya merupakan jentera paling laris jualannya pada tahun 2020 di Itali. Adakah model TRK 702 akan mengikut rentak varian TRK sebelumnya? 

Menurut sumber TRK 702 dibekalkan dengan enjin parallel-twin 693cc penyejukkan cecair. Dikatakan ianya berhasil menjana 75Hp dan 70 Nm serta diperkatakan bakal bersaing dengan model 'Tourer"  sama kelas dengannya. 



Jentera-jentera Benelli begitu terserlah muakhir ini setelah diambik alih oleh Oianjiang,sebuah syarikat gergasi dari Negara Tembok Besar.

 Ibu pejabat serta bahagian penyelidikan dan pembangunan(R&D) masih dikekalkan di negara asal Benelli iaitu Itali. Sementara bahagian pemasangan dan pembuatan terletak di China. 

Keberhasilan dan suksesnya jualan motosikal Benelli adalah hasil kolaborasi dua departmen tersebut. 

     





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ