Pelanggan Kena Senduk Lepas Campak Dulang

 


Itu jer cara nak mengajar pelanggan yang tidak hormat peniaga.Tular video seorang peniaga nekad memukul pelanggan dengan menggunakan senduk. 

Kejadian yang berlaku di sebuah kedai kopi di Sengkang,Singapura telah sempat dirakam oleh Kamera Litar Tertutup(cctv) menunjukkan aksi pertengkaran antara peniaga tersebut dengan pelanggan berkenaan. 

Video tersebut diawalnya menunjukkan peniaga berkenaan sedang memasak mi.Selepas itu kelibat pelanggan berbaju hitam muncul terus bercakap dengan peniaga tersebut  sebelum pertengkaran berlaku.

Lantaran pertengkaran menjadi semakin hangat,peniaga berkenaan menghempas alatan yang digunakan untuk memasak mi. 

Pelanggan tersebut tidak mendiamkan diri malah bertindak melempar dulang makanan kepada peniaga berkenaan. 

Susulan tindak balas dari pelanggan mengakibatkan peniaga berkenaan semakin berang terus keluar dari kedai tersebut dengan membawa senduk bagi berhadapan dengan pelanggan yang membuat kacau di premis perniagaannya. 



Jelas terpapar dalam video peniaga berkenaan memukul kepala pelanggan dengan senduk beberapa kali. Namun pergaduhan tidak habis di situ. 

Kemunculan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada pelanggan tersebut dilihat dalam video berasingan.Menurut sumber, ibu kepada pelanggan tersebut telah berhadapan dengan peniaga berkenaan. 

Sambil menyalahkan peniaga berkenaan,wanita tersebut meminta anaknya menghubungi polis. Pelanggan yang dipukul telah dihantar ke hospital bagi mendapat rawatan.

Sementara peniaga berkenaan turut di dakwa dan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ