Benarkah CFMOTO 450SR akan dilancarkan Sewaktu MotoGP Sepang














Adakah sekadar mimpi atau bakal jadi kenyataan? Dikabarkan CFMoto akan melancarkan model Superbike kelas pertengahan iaitu 450SR pada bulan Oktober nanti. 




Model ini telah diperkenalkan pada bulan Mac lalu. Diawalnya model ini dibangunkan dari prototaip SR-C21. 




Berita yang kami perolihi dari sumber yang boleh dipercayai pelancaran model ini akan dilakukan sewaktu MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang(SIC) pada Oktober nanti. 




CFMoto 450SR model SportsBike dibekalkan dengan enjin parallel - twin 449cc 270 darjah serta mempunyai keupayaan menghasilkan 50hp dan 39Nm.




 












Jelas dengan keupayaan tersebut  jentera CFMoto 450SR merupakan senarai terkini pesaing model KTM RC390 dan Kawasaki Ninja 400. 




Menurut sumber CFMoto 450SR telah diuji serta merekodkan kelajuan maksima 190km/j.






Antara ciri yang bakal menawan hati peminat Sportbike terdapat pada model 450SR ialah rekaan sporty tampak agresif. Turut dibekalkan dengan 'winglet' sepertimana yang terdapat pada model prototaip SR-C21. 





Model ini juga dijangka akan dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi.


  




  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ