Mohon Rakyaat Malaysia Doakan - Ahmad Faizal Azumu

Jaguh lontar Peluru Paralimpik Negara
Mohammad Ziyad Zolkefli
Pingat Emasnya ditarik balik


Isu pembatalan pingat Emas jaguh lontar peluru para negara,Mohammad Ziyad Zolkefli nampaknya keputusan tersebut belum berubah oleh penganjur.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu,Menteri Belia dan Sukan berkata,bantahan daripada kontijen Malaysia ,Australia dan Ecuador akan dibawa ke Mesyuarat Chef De-Mission (CDM) pasukan bertanding esok.

Kemenangan Mohammad Ziyad telah dibatalkan setelah mendapat  protes dari atlet Ukraine, Maksym Koval.

Bantahan datangnya dari pasukan Ukaine berhubung kelewatan tiga atlet iaitu Ziyad (Malaysia),Todd Hodgetts(Australia) dan Jordi Patricio(Ecuador) dituduh lewat memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan bermula.

Malaysia mungkin masih ada harapan mendapatkan kembali pingat Emas berkenaan. Ini kerana bantahan yang dibuat oleh atlet Ukraine teramat lemah,demikian luahan Ahmad Faizal.

Mohammad Ziyad sebelum ini secara tidak rasmi berjaya meraih pingat emas kedua untuk Malaysia serta memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20.Dan lontaran ketiganya adalah 17.94 meter.

Bantahan tersebut beserta bukti termasuk rakaman CCTV di dalam dan di luar bilik menunggu akan dibawa bersama dalam Mesyuarat Chef De Mission nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ