Ismail Sabri Calon PM - BN



Malam ini keputusan sebulat suara menyokong Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan tersebut dicapai didalam perjumpaan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam ini.Perjumpaan tersebut mengambil isyarat dari keputusan Majlis Tertinggi Umno bagi menamakan hanya satu calon dikemukakan oleh BN.

Mesyuarat MKT UMNO pada mulanya Gagal Membuat Keputusan dalam penentuan calon pilihan.Namun ahli-ali parlimen BN menghormati pandangan Yang di-Pertuan Agong untuk mencalonkan hanya satu nama sahaja.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid turut hadir diperjumpaan tersebut.

Sebelum ini Perikatan Nasional yang mempunyai 55 kerusi dan Gabungan Rakyat Sarawak yang mempunyai 18 turut menyokong Ismail Sabri. BN pula mempunyai 42 kerusi menjadikan semuanya 115 kerusi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ