Hafizh 'Naik Angin"



Pelumba Moto2 Negara,Hafizh Syahrin 'berangin' menyuarakan perasaan tidak puashati apabila terpaksa menjalani kuarantin di sebuah hotel selama seminggu sekembalinya dari luar negara.

Perasaan tidak puashati tersebut didendangkan oleh Hafizh menerusi instagram miliknya.Menurut beliau luahan tersebut,bukannya menentang atau engkar pada arahan.

Namun tindakan kuarantin kepada atlet yang baru balik dari luar negara adalah tidak wajar. Ini kerana ujian calitan dan suntikan vaksin covid 19 boleh dianggap buang masa.Seolah-olah tidak berharga.

Seorang atlet perlu mempersiapkan diri mereka dengan latihan demi menghadapi kejohanan seterusnya.Kalau kuarantin di hotel,kami hanya makan dan tidor sepanjang tempoh kuarantin.

"Swab test usah cakaplah,sudah berpuluh kali.Vaksin pun sudah disuntik,tapi kenapa perlu lagi kuarantin di hotel? 

Saya seronok tengok atlet dan pelumba luar negara Balik saja dari gelanggang perlumbaan terus mulakan latihan .Tiada kuarantin dikenakan,ini kerana mereka semua telah melalui apa jua yang saya lalui.

Itu sebabnya atlet luar negara lebih berjaya dari atlet kita.Kerana negara mereka faham situasi atlet mereka.Semua pelumba mesti jalani swab test dengan keputusan negatif sebelum dibenarkan pulang ke negara masing-masing.

Hafizh juga dengan nada kesal menulis, "Ini campak atlet di hotel seminggu,apa kami boleh buat sedangkan kejohanan seterusnya minggu depan.

Andai kami di kuarantin di rumah sudah pasti,kami berpeluang jalani latihan dengan peralatan yang tersedia ada.di sini apa boleh buat makan tido sajalah"demikian luahan Hafizh dengan situasi yang terpaksa di hadapinya.

Kami bukannya inginkan layanan VVIP, cukup sekadar sedikit kelonggaran kepada atlet serta memahami situasi dan jadual kami yang padat.

Saya balik bukan bertujuan untuk berhibur. Kos di Eropah terlalu tinggi. Fikirkanlah bila reputasi kami tidak mencapai sasaran,kami jugak yang dipersalahkan,di herdik dan paling sakitkan telinga bila dituduh tidak bagus" jelas Hafizh. 

  

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ