Tiada Lagi Saman Untuk Ekzos Bising Hanya Advokasi-Menteri Pengangkutan




Nampaknya tersenyum lebar pemilik motosikal yang terpaksa selimutkan motosikal dari disaman berkenaan ekzos bising.

Mulai sekarang tiada lagi saman hanya advokasi sahaja,itu kenyataan dari Menteri Pengangkutan.

Apakah Advokasi?

Advokasi ialah pengeluaran notis untuk temu siasat.Menurut Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong, isu berkenaan telah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah JPJ, Zailani Hashim agar pesalah tidak dikenakan saman.

Beliau yang hadir pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO) 2021, memaklumkan  Kementerian Pengangkutan (MOT) telah membuat satu keputusan, bahawa pada peringkat ini lebih elok tumpukan kepada pendekatan Advokasi Notis 114 daripada tindakan saman.

Beliau telah mentelaah dan hadam ucapan Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi termasuk pandangannya tentang penguatkuasaan terhadap ekzos motosikal.

Notis 114 ialah notis pangilan temu siasat dan mereka yang menerima notis tersebut perlu hadir untuk beri keterangan di mana-mana cawangan JPJ bagi membantu siasatan.

Presiden MCA tersebut berkata,Ketua Polis Negara telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah JPJ bagi menyelaraskan tindakan advokasi tersebut.

Ini kerana tindakan advokasi juga melibatkan Polis Trafik.isu tersebut telah disentuh oleh Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan Agung UMNO.

Ahmad Zahid menekankan nasib pemilik motosikal yang disita.Bagaimana pesalah trafik tersebut ingin meneruskan survival pencarian rezeki andai motosikal itu satu-satunya kenderaan yang ada.

Kenapa perlu disita.Rayaat terkesan dengan pandemik Covid 19 sekarang ekonomi belum pulih sepenuhnya.Jangan membebankan rakyaat dengan isu berkenaan.


Ulasan

  1. Ekzos bikin. Klu pecah sbb x mampu tu lain la... Tp, xpa... Kita siasat... Sbb pihak bkuasa leh tau details sblom Saman. Salah=Saman jugak.

    BalasPadam
  2. slalunya budak² baru nk up ni yg wat onar... geng superbike ni ade jgk tp xbnyk mcm bdak2 ysuku ni...pastu ramp² kt petrol pump...mcm sakai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..bukan semua yg pakai smua malaun...ni smua pukul rata ..memg gila lah ....berlagak lah

      Padam
    2. Tersangat betul... Jenis modi ekzos yg melampau... Tak psl2 yg lain pun trkena.. Spatutnya cari je moto yg modi ekzos yg extreme tu...

      Padam
  3. Minta maaf la sya celah sikit. Sya ni moto kecik pakai moto beso pun pakai pandangan sya klu moto kecik ni ejos bising bingit sgt klu moto beso klu bising lunak di dgr klu nak saman nak penjara buat sekali moto kangkang dan supercar tu..bayangkan moto kangkang ngn sbk ejos mesin jahit hahaha kan bangang 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan bagang kan...kalau bunyi terlalu kuat ...saman lah...ni gendang telinga x pecah pun nk saman nape nye ..😅😅😅

      Padam
  4. Perbezaan Ekzos Bocor dab Ekzos Buat.. yg buat Ekzos Buat ni.. biasenye bkn dari tahap orng yg miskin. ... so.. fikirkan lah..

    BalasPadam
  5. Y3suku laa punca segala masalah nie

    BalasPadam
  6. Mcm nie.. Aku sebgai ysuku.. Aku tukar exzos nk sedap je.. Balik kampung ke buat grab ke.. Nk sedap.. Yang patut ko sita moto.. Yang rempit2 tu..

    BalasPadam
  7. Sita ekzos tu bru btl.....kena yg kuat duk taman plk 1 taman tjaga kena kul 1 pgi hari2 nagis oooo.kena ada ank kecik plk

    BalasPadam
  8. Kenapa sesetengah dari penguasa yang bertindak menyaman dan sita baru2 ni tak boleh nk fikir pasal advokasi ni. Habis tu saman2 yg sudah dikeluarkan boleh claim balik ke?

    BalasPadam
  9. Saya sebagai pemilik kawasaki rr dengan motor rxz paip terkesan dengan tindakan kerajaan untuk menyita motor
    Dengan ini saya amat kecewa Dan sedih teramat sekali
    Sekian :'(

    BalasPadam
  10. Sakit hati kat exzos bising tu. Memang patut kena Saman. Biasa nya budak budak baru nak yg buat keja bodoh ni.

    BalasPadam
  11. Dorg pukul rata je..bukan dorg tau ko rem kt taman kat petrol pump ke.... ko budk baik ke budak nakal ke.... jnji dorg nmpak modified ... saman... sita... janji buku saman dorg penuh ikut kuota. X kire la... moto kecik moto beso....xyh nk slahkn sesame sndiri... masing2 ade alasan utk pakai ezos modifi... mane mau nye pakai ezos standard... moto begrak ngn benti xde rase... shahdu sgt bunyi mesin jahit. ... kjaan dh betoleransi tu.... dorg pun ade yg kaki moto gak.... so atitute kite mat2 moto n rider2 ni kene la ubah....
    Kat taman2 ke kt tempat awam.ke x yh la nk tunjuk n test2 bunyi bagai...
    Nak test bunyi g JPJ. Sekian

    BalasPadam
  12. Ada Pro dan contra.. Bunyi perlu.. Tapi tak perlu berlebihan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ