Advokasi Dan Nasihat. - JPJ



Advokasi dan Nasihat,itu kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan ,Datuk Zailani  Hashim.Menurut beliau dua pendekatan tersebut adalah dengan mengeluarkan notis.

Menurutnya lagi,mereka yang ditahan bersabit mengubahsuai ekzos motosikal tanpa kebenaran dikehendaki berjumpa dengan penguatkuasa terlebih dahulu.

Pihak JPJ mengguna pakai dua pendekatan berkenaan dimana advokasi dan nasihat dilihat satu langkah yang relevan dalam menangani isu tersebut.Pengeluaran Notis Temu Siasat, di bawah Seksyen  114(1),Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Notis yang dikeluarkan bertujuan siasatan dan pengumpulan maklumat advokasi serta nasihat berdasarkan aduan yang diterima berhubung isu pengubahsuaian ekzos tanpa kebenaran.

Zailani juga menekankan iaitu,pendekatan kedua ialah pengeluaran Notis Arah Periksa Kenderaan, di bawah Seksyen 61(1),APJ 1987  dan Notis Larangan Pengunaan Kenderaan (Notis PG1).Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987.

Notis Arah Periksa dan Notis PG1 ini bertujuan apabila penguatkuasaan dijalankan didapati pemilik kenderaan motor disyaki melakukan kesalaha pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran.

Namun menurut Zailani,pihak JPJ tidak bertindak kejam untuk terus menyaman atau bertindak menyita motosikal berkenaan.

Tetapi pemilik motosikal berkenaan diberikan peluang dalam masa 10 hari untuk baiki atau menukar ekzos motosikal mereka.

Selepas tempaoh 10 hari yang telah ditetapkan, pemilik motosikal yang menerima notis tadi wajib membawa motosikal mereka ke mana-mana pejabar JPJ bagi diperikasa semula sebagai bukti pembaikan terhadap ekzos tersebut.

Zailani juga menerangkan, sebarang pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikompaun tidak lebih RM300.

Namun jika disabitkan kesalahan di mahkamah, pesalah boleh didenda di bawah Seksyen 119, Akta Pengangkutan Jalan 1987 , dan denda tidak lebih RM2,000 atau boleh di penjara tidak lebih 6 bulan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ