"Atan"- Datuk Jamali Shadat Pergi Buat Selama-lamanya
Datuk Jamali Shadat,78, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi tadi. Berita sedih ini disampaikan oleh cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff.
Keadaan kesihatan Jamali merosot akhir-akhir ini.Beliau semakin uzur dengan kurang selera makan dan tidak mampu berjalan.
Negara kehilangan seorang stand up komedi atau komediri yang cukup terkenal dengan gelaran "Atan".
Difahamkan Arwah Datuk Jamali cukup terkesan dengan kematian isterinya.Lela Yacob,isteri arwah Datuk Jamali meninggal disebabkan serangan angin ahmar pada Jun 2018.
Allahyarhamah Lela meninggal pada hari pertama syawal selepas sebulan terlantar di hospital.
Arwah Datuk Jamali Shadat di lahirkan di Bukit Kapar,Selangor.Beliau meninggalkan lapan anak dan 39 cucu.
Sesunguhnya teramat sukar untuk mencari ganti pelawak legenda yang boleh melakonkan watak kanak-kanan di zaman era 80an seperti Datuk Jamali Shadat
Ulasan
Catat Ulasan