Positif Covid 19 Selepas Disuntik Vaksin

Gambar Hiasan

Pelik...Viral seluruh dunia dikatakan apabila di suntik Vaksin maka virus Covid 19 akan terhindar. Namun kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat ini mengejutkan masyarakat dunia.

Nasib seorang jururawat didapati positif Covid 19 selepas seminggu di suntik vaksin coronavirus Pfizer Inc,demikian laporan ABC News. 

Tragedi yang berlaku kepada Matthew W, seorang jururawat .Beliau bertugas di dua hosptal berbeza dalam catatan Facebook menyatakan pada 18 disember lalu menerima suntikan vaksin Pfizer.

Pada malam Krismas lalu ,jururawat tersebut jatuh sakit selepas bekerja di unit Covid 19 .Beliau dilaporkan mengigil selain mengalami sakit otot serta keletihan.

Setelah menerima rawatan dan melakukan ujian Covid 19 di hospital berkenaan, beliau didapati positif  sehari selepas menyambut Krismas.

Kami dimaklumkan dalam ujian klinikal,vaksin mengambil masa sekitar 10 - 14 untuk aktif memberi perlindungan.Dos yang pertama diberikan hanya 50 peratus dan dos kedua diperlukan. Kerana dos kedua memberikan perlindunga 95 peratus.

Kenyataan tersebut diberikan oleh Pakar penyakit berjangkit dengan Pusat Kesihatan Keluarga  di San Diego, Christian Raamers. Beliau juga menegaskan senario tersebut diluar jangkaan.  

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ