Janji Di Tepati,Bukan Di Capati

Sharifah Mahani,Ibu Syed Saddiq
dipertanggungjawab membotakkan kepala
foto-Astro Awani

Syed  Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar yang juga Pengasas parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) mengotakan janjinya akan membotakkan kepala setelah berjaya mencapai sasaran kempen #BotakChallenge.

Sasaran mengutip sumbangan bagi membeli 100 buah komputer riba bagi penduduk Muar yang memerlukan antara misi kempen tersebut.

Syed Saddiq membotakkan kepalanya setelah hasil sumbangan melebihi dari sasaran.Jumlah kutipan yang berjaya dikumpulkan ialah RM383,000.Diawalnya sasaran hanyalah RM200,000 namun hasilnya mencecah hampir dua kali ganda.

Sesi botakkan kepala Syed Saddiq telah dilakukan oleh ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz secara langsung di Astro Awani.

"Terimakasih kerana membantu keluarga susah di Muar.Matlamat tercapai dan sekaligus ianya dapat mengurangkan jurang digital di kalangan warga Muar", kata Syed Saddiq.

Kempen yang mendapat reaksi positif serta sambutan mengalakkan wrganet sejak dilancarkan pada Sabtu lepas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ