Geng Mat Beruk Tumpas


Polis telah melakukan serbuan di kawasan tempat letak kereta, stesen bas Kulim dan berjaya menahan dua lelaki dan dua wanita dipercayai "Geng Mat Beruk." 

Geng Mat Beruk merupakan salah satu sindiket yang aktif mencuri lembu dan kenderaan di negeri Kedah,Pulau Pinang dan Perak.

Hasil soal siasat terhadap keatas semua suspek,polis berjaya menyerbu sebuah rumah di Taman Mutiara, Kulim.Dalam serbuan tersebut telah berjaya menahan seorang lelaki. Sementara serbuan ketiga di Tasik Gelugor berjaya memberkas dua lagi lelaki.

Dengan tertangkapnya tujuh suspek itu, polis juga menemui dan merampas pelbagai peralatan yang disyaki untuk melakukan kegiatan mereka. Pemotong besi,picagari mengandungi ubat pelali,tali dan paip dipercayai untuk menyumpit ubat pelali kepada lembu yang ingin dicuri.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 379 dan 379A,Kanun Keseksaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ