Tun M Kecewa Kenyataan Berbohong Di Parlimen

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa “Titah Yang di-Pertuan Agong hari ini menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sengaja berbohong kepada Parlimen berhubung pembatalan Ordinan-ordinan Darurat,” Menurut ahli parlimen Langkawi ini jelas menujukkan perdana menteri 'menipu' Parlimen setelah Yang DiPertuan Agong menzahirkan rasa dukacita isu pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Baginda. “Tidak nampak pun reaksi dari Muhyiddin menahan Takiyuddin daripada terus berucap walau duduk di depannya,” kata Dr Mahathir lagi. Muhyiddin juga tidak cuba memperbetulkan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu pembatalan darurat pada sidang khas Isnin lalu. “Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda,” kata kenyataan Istana Negara hari ini. Baginda turut menzahirkan rasa “amat dukacita” berhubung titah pem...