Ustaz Ebiet Liew Buat Laporan Polis



Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamed Zainal Abdllah mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Pendakwah terkenal Ustaz Ebiet Liew.

Ustaz Ebiet Liew membuat laporan petang semalam.Laporan berkenaan berhubung tudunan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menersi laman sosial baru-baru ini.

Laporan tersebut di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Dalam laporannya Ustaz Ebiet Liew menyatakan dirinya telah menerima tuduhan yang tidak berasas oleh beberapa individu.

Ebiet Liew dalam sidang media selepas membuat laporan di balai polis di IPD Dang Wangi, berkata beliau ada menamakan beberapa individu termasuk Ketua pegawai eksekutif sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan penyanyi rap Caprice.

Menurut Ebiet,beliau pada mulanya tidak ingin memperbesarkan isu ini. Namun ianya menjadi semakin tular (dalam media sosial) maka terpaksa dia membuat laporan polis. Dan saya serahkan pada pihak Polis untuk menyiasat.

Sebelum ini, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan telah meminta orang awam agar tidak mensensasikan isu berkenaan. Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil kepada mereka yang menyebar,membuat kenyataan berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ