Waduh ! Kawasaki pula nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan menaikkan taraf produk 'Motosikal Tourer' mereka.Info yang kami terima,kabarnya Kawasaki telah memfailkan dokumen baharu yang mana mengesahkan kehadiran Versys 1100 S pada tahun 2025. Dokumen yang telah difailkan di Australia memberi petanda iaitu, Kawasaki bakal menaikkan taraf Versys dengan kapasiti enjin lebih besar dan beberapa perubahan yang lain. Ini dapat diperhatikan pada model kod KLZ1100B.Perbezaan ini merujuk kepada model sebelumnya iaitu Versys 1000 SE yang menggunakan model kod KLZ1000B. Kami difahamkan naik taraf ini hanya melibatkan varian S. Sehingga artikel ini disiarkan,kami tidak menerima sebarang spesifik berkenaan motosikal tersebut.Namun jangkaan kami sudah pastinya setiap model yang dinaik taraf akan tampak lagi sofsikated dari model sebelumnya. Info untuk pembaca, Versys 1000 SE yang ada di pasaran sekarang menggunakan enjin berkapasiti 1,043cc. Dan sudah tentu ...
Ulasan
Catat Ulasan