Berita Panas - Apakah Benar Kawasaki Versys 1000 Akan Dinaik Taraf?

 




Waduh ! Kawasaki pula nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan menaikkan taraf produk 'Motosikal Tourer' mereka.Info yang kami terima,kabarnya Kawasaki telah memfailkan dokumen baharu yang mana mengesahkan kehadiran Versys 1100 S pada tahun 2025.

Dokumen yang telah difailkan di Australia memberi petanda iaitu, Kawasaki bakal menaikkan taraf Versys dengan kapasiti enjin lebih besar dan beberapa perubahan yang lain.




Ini dapat diperhatikan pada model kod KLZ1100B.Perbezaan ini merujuk kepada model sebelumnya iaitu  Versys 1000 SE  yang menggunakan model kod KLZ1000B. Kami difahamkan naik taraf ini hanya melibatkan varian S. 

Sehingga artikel ini disiarkan,kami tidak menerima sebarang spesifik berkenaan motosikal tersebut.Namun jangkaan kami sudah pastinya setiap model yang dinaik taraf akan tampak lagi sofsikated dari model sebelumnya. 




Info untuk pembaca, Versys 1000 SE yang ada di pasaran sekarang menggunakan enjin berkapasiti 1,043cc. Dan sudah tentu untuk model Versys 1100 S yang bakal berada di pasaran nanti melebihi dari model terdahulu. 


Z1000SX


Kami juga tertanya-tanya bilakah atau adakah Kawasaki akan memperkenalkan model Z1100 atau Ninja 1100 bag menggantikan model Z 1000SX dan Ninja 1000SX yang boleh dikategorikan agak lapuk dipasaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ