RM1,000 - Waris Mangsa Covid-19 Boleh Mohon Bantuan



Mulai esok 12 Julai sehingga 12 Ogos 2021,waris atau ahli keluarga mangsa Covid-19 boleh mohon bantuan khairat kematian.

Inisiatif di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 boleh dimuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://www.selangorprihatin.com.

Bantuan yang disalurkan akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam jangkamasa 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat tepat dan lengkap.

Menurut Exco Kesihatan Awam,Dr Siti Mariah Mahmud sebanyak 1,500 keluarga bakal menerima manfaat tersebut dengan jumlah keseluruhan peruntukkan RM1.5 juta.

Syarat permohonan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia

2. Pemohon (waris terdekat) dan yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Selangor serta menetap di Selangor atau bermastautin di Selangor lebih 10 tahun
3. Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian
4. Meninggal dunia di Selangor
5. Meninggal dunia pada 2021 dan ke atas sahaja
6. Terhad satu permohonan bagi satu keluarga
Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan menerusi talian khas 24 jam di 1-800-22-6600.

Bantuan  berkenaan telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amiruddin Shari pada 9 Jun lalu.

Peruntukkan yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551,56 juta bagi membantu rakyaat  terkesan dengan Perntah Kawalan Pergerakan(PKP).






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ