Tarik Balik Sokongan Kepada PM Berkuatkuasa Serta Merta -Presiden UMNO



Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini yang berlangsung secara maya lebih dari empat jam.

UMNO telah memutuskan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan tersebut dicapai susulan kerajaan Pakatan Nasional (PN) gagal memenuhi tujuh pra syarat yang telah ditetapkan oleh UMNO sewaktu Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.

Menurut Zahid, beliau menggalas mandat sebulat suara para pewakilan di Perhimpunan Agong UMNO 2020 serta berpandukan tujuh kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi rakyaat yang digariskan,maka jangkamasa yang diberikan bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin di tarik balik dan dihentikan.

UMNO  mendesak agar Tan Sri Muhyiddin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ