i-Citra Boleh dimohon bermula 12 Julai - KWSP



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) telah bertindak pantas dengan mengubah jadual permohonan pengeluaran i-Citra kepada 12 Julai 2021, iaitu tiga hari lebih awal dari tarikh sebelumnya.

Berita ini pastinya mengembirakan ahli KWSP yang berumur 55 tahun kebawah.Ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran boleh layari laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk mengeluarkan smpanan KWSP sehingga jumlah maksimum RM5,000.Ianya tertakluk jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2.



Menurut KWSP, jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara lima kali bayaran bulanan dengan jumlah RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

Pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun pemohon yang layak pada bulan Ogos 2021. 

Bagi memudahkan urusan permohonan dalam talian i-Citra,pemohon dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password(OTP),disamping akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ