PKP - Isteri Curang Edar Dadah Dengan Kekasih



Wanita yang sudah lama terpisah dengan suaminya akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bukan setakat curang, malah mengedar dadah bersama kekasihnya.

Aktiviti Ibu beranak dua berusia 30 tahun terbongkar bila diberkas bersama kekasih berumur 32 tahun di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru,Melaka.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Zulkiflee Rashid, ketika serbuan, polis menemui lapan paket lutsinar mengandungi dadah bersama suspek.

“Kesemua peket dipercayai berisi dadah jenis heroin seberat 89.18g itu ditemui di dalam salah sebuah bilik di rumah lelaki berkenaan.

Tambahnya, beberapa alatan digunakan untuk menghisap syabu dan alat penimbang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah turut dirampas.

“Pasukan polis turut menemui tujuh peket plastik syabu seberat 12.15g, enam biji pil Eramin 5 dengan anggaran keseluruhan bernilai RM6,000,” katanya.

Kedua-dua suspek dipercayai aktif mengedar di kawasan setempat sejak sebulan lalu dan rumah sewa merupakan lokasi mereka membungkus dadah.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ