Tidak Perlu Tunggu 3 Bulan - Bekas Pesakit Covid Boleh Divaksin


Mereka yang telah bebas atau pulih dari jangkitan  virus SARSCoV-2 iaitu Covid-19 tidak perlu untuk menunggu selama 3 bulan untuk menerima suntikan vaksin.

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin Covid - 19 (JKJAV) memaklumkan keputusan tu berteraskan pendapat pakar yang dibentangkan dalam persidangan JKJAV baru-baru ini.

Kenyataan tersebut memaklumkan,suntikan vaksin perlu diberikan lebih awal dari tempoh tiga bulan seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Langkah sedemikian diambil memandangkan penularan varian baharu Covid-19.

Oleh itu bekas pesakit Covid-19 yang disahkan bebas daripada virus kini dibenarkan untuk divaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) menurut janji temu yang diberikan.

Menurut JKJAV, bagi pesakit yang menerima antibodi monoklonal anti-SARS-CoV-2 atau ‘convalescent plasma’ sebagai sebahagian daripada rawatan Covid-19, mereka hanya boleh diberikan vaksin sekurang-kurangnya 90 hari selepas pulih.

Itu adalah langkah berjaga-jaga sehingga terdapat makklumat tambahan untuk mengelakkan kemungkinan gangguan terapi antibodi dengan tindakbalas imun yang disebabkan oleh vaksin.

Orang ramai yang masih menunggu keputusan ujian Covid-19 di gesa untuk tidak hadir ke PPV walaupun mempunyai temujanji atau sebagai pengiring.

JKJAV juga mengingatkan kepada mereka yang terpaksa membatalkan temujanji akan diberikan satu tarikh baharu secara automatik.











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ