Mengapa Kesatuan Eropah Diskriminasi Vaksin AstraZeneca?



Sikap diskriminasi oleh Kesatuan Eropah (EU) mempersoalkan asal usul Vaksin jenama AstraZeneca menjadi isu utama kepada Menteri Penyelaras Program Immunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK).

Khairy Jamaluddin selaku teraju utama Program Immunasi COVID - 19 Kebangsaan agak keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh EU berhubung pengiktifaran Vaksin AstraZeneca.

EU dalam kenyataan mereka telah menjelaskan Vaksin AstraZeneca yang mendapat kelulusan dari  European Medicines Agency sahaja akan diiktiraf.

'Formula vaksin yang sama turut digunakan di semua fasiliti pembuatnya. Tiada sebab EU mendiskriminasi antara sebuah fasiliti pembuat AstraZeneca dengan fasiliti yang lain', demikian luahan Khairy Jamaluddin.

Menteri Penyelaras Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan,Khairy Jamaluddin akan meminta AstraZeneca memaklumkan kepada EU iaitu semua fasiliti pengeluarannya telah melaksanakan Amalan Pembuatan Baik(GMP).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ