Enam Pemain Badminton Negara Positif Covid -19



"Tiada gejala dan telah dihantar ke pusat kuarantin berikutan keputusan ujian keenam mereka positif Covid - 19", demikian kenyataan ringkas Persatuan Badminton Malaysia(BAM) di laman facebook.

Kenyataan tersebut di keluarkan BAM susulan enam pemain badminton negara telah di sahkan positif Covid -19 sekembali dari menyertai kejohanan Spanish International 2021.

Malaysia telah menghantar 20 peserta ke Kejohanan Spanish International 2021 yang berlangsung di La Nucia bermula dari 16 Jun hingga 19 Jun.

Pemain badminton negara sekembalinya ke tanahair tidak terkecuali dari menjalani kuarantin wajib seperti mana arahan pihak berkuasa.

Kesemua mereka belum kembali ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) sejak pulang ke Malaysia serta tidak berinteraksi dengan pemain negara yang akan ke Olimpik Tokyo.

"Kenam-enam mereka yang positif Covid -19 dibenarkan kembali ke ABM selepas pemain yang bakal beraksi di Olimpik Tokyo berlepas ke Jepun," demikian kenyataan BAM di laman facebook.

Kehadiran pemain badminton negara ke Kejohanan Spanish International 2021 telah membuka mata pasukan lain yang turut bertanding.Pemain badminton Malaysia telah berjaya merangkul tiga kejuaraan.

J.Kisona Juara Sukan SEA 2019 dengan penuh bergaya mengenepikan pemenang Kejohanan Remaja Dunia Goh Jin Wei dalam acara perseorangan Wanita.

Kejuaraan berganda buat pemain badminton lelaki Tee Kai Wun dimana dia memenangi acara beregu campuran bersama Teoh Mei Xing. Kemenangan kedua buat Tee Kai Wun apabila meraih kejuaraan acara beregu lelaki bersama pasangannya Man Wei Chong.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ