Berhimpun Di Dataran Merdeka Penganjur Akan Dikompaun

 



Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, penganjur satu perhimpunan di Dataran Merdeka hari ini akan dikompaun.

Perhimpunan berkenaan melibatkan 20 individu. Siasatan awal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti tiga individu sebagai penganjur himpunan tersebut.

Siasatan turut dijalankan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana berhimpun tanpa notis.

Kumpulan ini diketuai oleh Sekretariat Solidariti Rakyat yang merupakan gabungan parti politik iaitu Parti Muda, Pejuang, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Seramai 20 individu berkumpul di padang Dataran Merdeka sambil mengibarkan bendera hitam dan membawa sepanduk selain membawa lima patung menyerupai jenazah yang dikafan.

“Semasa himpunan tersebut berlangsung, telah dilancarkan kempen puisi #PuisiDarurat bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan,” menurut Mohamad Zainal.












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ