Tentera Russia Bom Pesawat terbesar Di Dunia
Pesawat Antonov AN-225 Terbesar Di Dunia yang musnah di bom oleh Tentera Russia Antonov AN-225 pesawat terbesar di dunia dilaporkan berkecai di Ukraine akibat dibom tentera Russia. Pesawat berkenaan dikatakan musnah semasa pencerobohan tentera Russia keatas Ukraine.,demikian menurut laporan stesen penyiaran CNN. 'Mriya' bermaksud mimpi dalam bahasa Ukraine merupakan gelaran yang diberikan kepada pesawat berkenaan. Menurut laporan pesawat berkenaan diletakkan di lapangan terbang berhampiran Kiev ketika tentera Russia menyerang. Menteri Luar Ukraine,Dymtro Kuleba menulis di Twitter berbunyi 'Kita akan menang,walaupun Russia telah musnahkan "Mriya" milik kami, namun Russia tidak dapat musnahkan impian kami untuk menjadi sebuah negara Eropah yang Kuat,Bebas dan Demokratik. Myria dengan panjangnya 84 meter (276 kaki) boleh mengangkut kargo mencecah berat 250 tan dengan kelajuan 850km/j. Syarikat Antonov di laman Twitternya menegaskan,pihaknya tidak dapat mengesahka...