Berita Hangat - Ebit Liew Naik Mahkamah Pertuduhan 11 Gangguan Seksual



Pendawah terkenal Ebit Liew telah dihadapkan ke mahkamah di Tenom hari ini. 

Ebit Liew 37, dilihat menaiki sebuah Toyota Vellfire dengan diiringi beberapa orang yang dipercayai pembantunya pada jam 9 pagi tadi tiba di mahkamah litar di Pejabat Daerah Tenom. 



Pejabat Daerah berkenaan dikawal ketat oleh anggota polis sejak berita mengenai pendakwah terkenal itu akan didakwa tersebar. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah  (JSJ) Bukit Aman,Abd Jalil Hassan turut dijangka mengadakan sidang media selepas selesai prosiding mahkamah terhadap Ebit Liew. 

Pada Julai lalu,siasatan terhadap Ebit Liew di lakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah berkenaan telah melakukan gangguan seksual. 

Berhubung laporan tersebut ,polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Seksyen 14 Akta-Akta Kesalahan Kecil 1955  serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Rakaman percakapan Ebit Liew telah diambil bagi membantu siasatan pada bulan Ogos dan Oktober lalu. Ebit menegaskan dakwaan-dakwaan berkenaan berunsurkan fitnah kejam ke atas dirinya.


Ulasan

  1. Masalah hati berat nanang.. Create fitnah senang.. Tapi.. Kat sana.. Mampos lah.. Menjawab.. Makan tak habih wooo

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ