Tentera Russia Bom Pesawat terbesar Di Dunia

Pesawat Antonov AN-225 Terbesar
Di Dunia yang musnah di bom oleh
Tentera Russia



Antonov AN-225 pesawat terbesar di dunia dilaporkan berkecai di Ukraine akibat dibom tentera Russia. 

Pesawat berkenaan dikatakan musnah semasa pencerobohan tentera Russia keatas Ukraine.,demikian menurut laporan stesen penyiaran CNN.

'Mriya' bermaksud mimpi dalam bahasa Ukraine merupakan gelaran yang diberikan kepada pesawat berkenaan.

Menurut laporan pesawat berkenaan diletakkan di lapangan terbang berhampiran Kiev ketika tentera Russia menyerang.



Menteri Luar Ukraine,Dymtro Kuleba menulis di Twitter berbunyi 'Kita akan menang,walaupun Russia telah musnahkan "Mriya" milik kami, namun Russia tidak dapat musnahkan impian kami untuk menjadi sebuah negara Eropah yang Kuat,Bebas dan Demokratik.

Myria dengan panjangnya 84 meter (276 kaki) boleh mengangkut kargo mencecah berat 250 tan dengan kelajuan 850km/j.

Syarikat Antonov di laman Twitternya menegaskan,pihaknya tidak dapat mengesahkan keadaan teknikal 'Myria' sebelum ia diperiksa oleh pakar. 

Satu kenyataan dari Syarikat Pertahanan Ukraine yang menguruskan Antonov AN-225 berkata, Pesawat terbesar Di Dunia itu telah di musnahkan oleh tentera Russia.



Namun ianya akan dibina semula dengan perbelanjaan Russia.Kos dianggarkan AS$3bilion(RM12.6 bilion).Pemulihan tersebut dianggarkan memakan masa lima tahun. 

Menurut kenyataan itu lagi mereka akan memastikan kos akan ditanggung oleh Russia yang menjadi punca kerosakan yang disengajakan keatas sektor kargo dan penerbangan udara Ukraine.

Syarikat tersebut menegaskan pesawat Antonov AN-225 berada di darat berhampiran Kiev bermula 24 Februari lalu untuk proses selanggaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ