Edar Ganja - Penyampai Radio Mengaku Tidak Bersalah



Didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 374.6 gram. Penyampai radio, Ismahalil Hamzah tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini. 

Beliau membuat pengakuan itu selepas kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin. Kesalahan didakwa dilakukan  di sebuah rumah di Jalan Semarak,Wangsa Maju pada jam 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Kesalahan berkenaan adalah di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2)akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika dsabitkan kesalahan. 



Mahkamah menetapkan 24 Mac depan untuk tarikh pengurusan kes. 

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya , Noor Dayana Mohamad, sementara Ismahalil Hamzah,49. diwakili peguam,Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ