Tangan Yang Putus Di Jahit Di Kaki

 

Tangan yang putus kenapa perlu jahit di kaki? Pastinya timbul tanda tanya kepada kita kenapa dan mengapa rawatan sedemikian dilakukan oleh pakar perubatan.

Xi Wei, yang putus tangan sewaktu mengendalikan mesin di sebuah bengkel di China tergamam apabila sekumpulan doktor telah menjahit tangannya yang putus di kaki. 

Menurut Xi Wei ,beliau sendiri tidak pasti samada tangannya yang putus dapat diselamatkan atau tidak.Ini disebabkan tangan yang terputus kehilangan darah hampir tujuh jam. 

Sambung Xie lagi, beliau pada mulanya cuba ke hospital kerajaan berhampiran bengkel tempat dia bekerja dengan harapan boleh melakukan pembedahan penyambungan tisu.

Namun pihak hospital berkenaan terpaksa menolak kes sedemikian memandangkan mereka tidak mempunyai kepakaran dalam menangani kes itu.

Xie tidak putus asa dan setelah dua jam perjalanan dari bengkelnya hospital yang dicari dijumpai.Itu pun setelah hampir lima jam mencari merata tempat.

Tegas Xie,"sepanjang tujuh jam saya menyimpan tangan yang putus di dalam beg plastik yang berisi ais." 

Menurut Dr Tang Juyu seorang pakar dalam penyambungan tisu dan pembaikan luka parah,dia optimistik tangan Xie masih boleh diselamatkan.



Menjahit tangan Xie yang putus di bahagian kaki adalah tindakan yang terbaik dalam usaha menyelamatkan tangan tersebut. Langkah ini diambil disebabkan bekalan darah yang baik terdapat di kaki Xie.

'Tangan Xie harus kekal di bahagian kaki sehinggalah lengan Xie betul-betul pulih,' jelas Dr Tang.

Xie merasa agak pelik apabila kakinya terasa berat dan mendapati tangannya berada di kaki selepas sedar dari prosedur pembedahan.Beliau juga dapat rasakan tangan tersebut kebas namun tidak rasa apa-apa. 

Bagi Dr Tang, tangan Xie terasa kebas kerana diperingkat ini beliau hanya membuat sambungan bekalan darah.Sementara sambungan saraf belum boleh di lakukan lagi. 

Dijangka lengan Xie akan pulih dalam masa sebulan dan selepas itu Dr Tang akan melakukan pembedahan penyambungan tangan. Tangan Xie dijangka pulih sepenuh dalam masa enam bulan.

Kos rawatan berjumlah YUAN 300,000 (RM183,480) ditanggung sepenuhnya oleh majikannya.Xie telah dibenarkan pulang kerumah sementara menunggu untuk pembedahan kedua.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ