Pasangan Kembar Siam - Muhammad Rosli Berjaya Menjadi Graduan Komputer Sains

 



Masihkah ingat sejarah 23 tahun lalu, pasangan Kembar Siam di negara kita yang bercantum di kepala, perut dan kaki. 

Muhammad Rosli dan Ahmad telah berjaya dipisahkan secara pembedahan di Hospital King Fahd National Guard, di Riyadh, Arab Saudi. 

Wajah pasangan kembar Siam terkini


Putera Abdullah Abdul Aziz, Putera Mahkota Arab Saudi pada masa itu telah menanggung sepenuhnya pembedahan yang berisiko tinggi dan menelan belanja hampir  RM1.7 juta. 

Kini setelah berjaya dipisahkan 23 tahun lalu, pasangan kembar siam ini meningkat dewasa. Impian hidup seperti insan biasa tidak pernah lekang dari sanubari mereka. 

Ini di buktikan apabila Muhammad Rosli telah berjaya menjadi graduan Sains Komputer. 

Muhammad Rosli
Graduan Sains komputer


Sementara pasangan kembarnya, Ahmad masih lagi menjalani kursus Rekabentuk Grafik di Universiti yang sama dengan Muhammad iaitu di Management & Science University (MSU). 

Bagi mereka kurang upaya bukan suatu halangan dalam menempa kejayaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ