Betul Ker Sijil Vaksin Mysejahtera Tak Laku di Filipina



Adakah ini benar atau suatu gurauan bagi memburukkan negara Filipina? Sesungguhnya kisah ini benar.13 pelancong dari Malaysia bernasib malang.

Mereka tidak dibenarkan memasuki negara tersebut oleh pihak Imigresen Filipina.  gara-gara Sijil Vaksin Digital Mysejahtera tidak diterima di negara berkenaan.

Menerima suntikan vaksin di Malaysia. Itu alasan yang diberikan oleh pihak imigresen Filipina. 

13 pelancong berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada Ahad jam 8.30 pagi telah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino,Manila.

Menurut salah seorang pelancong yang terlibat,pihak imigresen negara tersebut tidak menerima  sijil vaksin digital menerusi aplikasi Mysejahtera sebagai bukti vaksinasi.



Tambahnya lagi,passport mereka dirampas serta diberitahu akan dihantar pulang ke Malaysia.Passport mereka telah dipulangkan pada keesokkan hari (15/2/2022).Memandangkan tiada hotel disediakan,kesemua mereka terpaksa tidur di atas bangku dan lantai . 

Seorang lagi pelancong Malaysia yang terbabit dalam insiden berkenaan berkata,beliau dimaklumkan oleh pihak imigresen Filipina sekiranya mereka divaksinasi di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) maka tiada masaalah untuk memasuki negara berkenaan. 

Menurut sumber, pihak Kedutaan Besar Malaysia ke Filipina sudah berjumpa dengan pelancong yang terkandas dan bantuan segera dihulurkan.  



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ