Apsal Ramai Orang Hon, Apa Salah Pemandu Aruz Itu?




Kenapa hon bertalu-talu berbunyi dibelakang kereta saya ni? Itu luahan seorang wanita yang berkongsikan video yang melucukan berlaku sewaktu melihat sebuah kereta biru dihadapannya. 

Wanita berkenaan perasan ada sekeping kertas putih melekat di belakang kereta Perodua Aruz biru tersebut. Terpampang tulisan dikertas putih yang melekat di belakang Aruz tersebut yang berbunyi "Hari ini Birthday Saya. Tolong hon 2 kali,Tq" 

Wanita berkenaan terus mengarahkan pemandunya membunyikan hon kereta yang dinaiki bersesuaian dengan permintaan tulisan dikertas yang tertampal di belakang Aruz berkenaan. 





Tidak pasti samaada pemandu Aruz tersebut menyedari kehadiran kertas putih tertampal dibelakang keretanya.

Wanita yang tularkan video ini telah memuat naik ke akaun TikToknya @dyrasalleh hingga mencecah berjuta view .

Beliau telah membuka tingkap keretanya dan cuba mengucapkan Selamat Harijadi kepada pemandu Aruz Biru berkenaan.





Namun hajatnya tidak kesampaian apabila Aruz biru tersebut membelok ke selekoh yang lain.Dengan tularnya video tersebut,ramai netizen merasakan pemandu Aruz itu "Kena Prank" dengan kawan-kawannya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ