Zulkepli Tunggang Yamaha FZ150 Menunaikan Umrah
Impian dan hajat Zulkepli Mo'mminin untuk menunggang Yamaha FZ150 ke Mekah bagi menunaikan Umrah tercapai. Walaupun terpaksa meredah perjalanan sejauh 18,000km selama 108 hari. Zulkepli, 55, selamat tiba di Tanah Suci pada 23 Oktober (Isnin) lalu selepas memulakan tunggangan solo pada 8 Julai lalu dari Gombak, Selangor. Beliau seorang pengusaha tasbih telah merentasi 11 negara antaranya Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Iraq, Kuwait dan Arab Saudi. Menceritakan pengalamannya, antara peristiwa tidak dapat dilupakan ialah ketika terkandas di Iran selama sebulan lebih berbanding perancangan asal 11 hari kerana masalah dokumentasi. Beliau menghadapi kesukaran untuk memasuki Iraq di Shalamche meskipun hanya tinggal 100km untuk sampai di Safwan iaitu sempadan Iraq-Kuwait. Menurut beliau, Sebelum memulakan ekspedisi ini, saya mendapat sedikit info daripada pengembara yang pernah merentasi Iraq, jika su...