R15M MONSTER ENERGY EDITION (2023)- Terhad 600 Unit Sahaja Dikeluarkan
Model edisi terhad dengan liveri warna baharu ini adalah terhad sebanyak 600 unit sahaja, dan boleh didapati di mana-mana pengedar sah Yamaha bermula hari ini (13 Oktober 2023). Manakala, penawaran "Signature M" masih lagi boleh didapati dengan harga yang sama.

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) telah memperkenalkan R15M Edisi Monster Energy terbaru untuk pasaran Malaysia. Walaupun tampak sama dengan R15M Edisi Monster Energy (2022) yang lalu, rekaan livery Edisi 2023 ini agak berbeza terutamanya pada stripe berwarna biru.
Harga yang ditawarkan ialah RM14,998.Harga tersebut tidak termasuk cukai jalan dan lain- lain bayaran.
Model ini berada ditahap yang lebih premium didalam kelasnya adalah melalui penawaran "jajan" berprestasi tinggi seperti Slipper Clutch, Quickshifter, Traction Control serta fork USD.
TIada sebarang perubahan spesifikasi mahupun equipment yang dilakukan keatas model R15M ini. Kekal dengan enjin 155cc Single Cylinder Liquid Cooled SOHC - 4 Valve bersama teknologi Variable Valve Actuation (VVA), menghasilkan 19hp @ 10,000 rpm dan tork maksimum 14.7Nm @ 8,500 rpm.
Model ini juga turut dilengkapi dengan sambungan aplikasi Y-Connect, serta seat dengan balutan seakan karbon.
Ulasan
Catat Ulasan