Suzuki Katana Anggun Dan Berwajah Baru






Bagi pencinta motosikal Suzuki khususnya di Malaysia, Katana adalah sebuah model lagenda yang sentiasa tersemat di hati.

Siapa pernah menonton filem Azura pada tahun 1984,dapat disaksikan pelbagai model Suzuki Katana digunakan didalam filem tersebut.Namun apa yang jelas majoriti model- model Katana yang digunakan adalah 'rare' dan masih lagi menjalar dijalanraya negara kita.


Pameran Antarabangsa Intermot 2018 mengejutkan para hadirin dengan model terkini Katana yang jelas tampak kearah moden dan hilang identiti lagenda Katana sebenar. 

Mampukah Katana model 2019 berkenaan mempertahankan populariti seperti model sebelumnya?

Menurut kenyataan yang dikeluarkan  oleh Pengarah Suzuki Assemblers Sdn Bhd,Munihiko Uetsuki, "Sememangnya model ini adalah gabungan rekabentuk sebuah mesin jalanan sporty tetapi masih mengekalkan ciri-ciri retro agar kesinambungan terhadap model terdahulu tidak terputus."


Jika Anda bertanya saya , sememangnya saya lebih suka jika Suzuki mengekalkan rekabentuk Suzuki Katana tahun1984, idea menerapkan teknoloji terkini oleh pakar jurutera pereka model berkenaan menjelaskan kepada pesaing mereka, Katana tidak ketinggalan dalam persaingan di zaman millenium disamping mengekalkan identiti yang sukar ditandingi.


Seperi biasa setiap kali menguji motosikal untuk,saya akan mengujinya untuk satu perjalanan melebihi 700km.Sementara waktu pergerakan silih berganti.Samaada bermula waktu malam atau siang.

Posisi Menunggang?
Pada topik ini saya tidak mempunyai sebarang masaalah.Malah kedudukan hendal bar dan jarak tempak duduk serta tangki minyak cukup memberikan keselesaan baik untuk perjalanan jauh mahupun terperangkap dalam kesesakan trafik.


Namun ada sedikt isu yang agak tidak selesa iaitu sudut membelok tidak terlalu luas.Ini jelas menyukarkan untuk bergerak dengan pantas dilokasi terhad.

Digital Meter Memuaskan?
Secara dasarnya paparan di Digital Meter nampak berterabur serta kurang kemas.Namun pelbagai info yang dipaparkan membantu penunggang bagi melancarkan perjalanan.


Informasi penting yang dipaparkan seperti jarak perjalanan, putaran rpm, tahap kelajuan, posisi gear, tahap bahan api, suhu, traction control (TC), jam, purata penggunaan bahan api, trip meter dan lap time. 

Traction Control:-
Terdapat 3 tahap talaan Traction Control.
1) Low) sesuai untuk tunggangan sport, pantas dan di permukaan jalan yang baik, 2 (Middle) disyorkan untuk tunggangan bandar dan di keadaan jalan biasa manakala 3 (High) dipilih jika kita berada di dalam permukaan yang basah atau di dalam hujan. 
Sistem TC ini juga boleh kita matikan (OFF).

Suspensi Depan/Belakang?
Keberkesanan prestasi sistem suspensi Katana ini membolehkan kita mengambil selekoh demi selekoh pada kelajuan yang agak tinggi. Ini saya uji sewaktu melalui lebuhraya Timur Barat dari Jeli,Kelantan menuju Gerik,Perak.

Tiada sebarang reaksi negatif sewaktu berlenggang lenggok harungi pelbagai jenis selekoh dengan permukaan jalan yang tidak menjanjikan keselesaan sepenuhnya.


Pemilihan fork hadapan KYB  jenis terbalik dan penyerap hentak link type di belakang  berfungsi dengan sempurna disamping pemilihan talaan Traction Control yang tepat.

Lampu?
Motosikal ini dibekalkan dengan lampu Led depan dan belakang,Tidak dinafikan simbahan cahayanya mampu menembusi kepekatan malam walaupun sewaktu mengharungi hujan lebat.

Sistem Keselamatan (Brek)?
Saya dapati jurutera perekanya mementingkan keselamatan ditahap tertinggi. Buktinya pengunaan kaliper Brembo depan dan belakang setaraf yang digunakan oleh model SBK. .
Sistem ABS juga turut dipasang bagi memperkemaskan lagi sistem keselamatan.


Warna?
Suzuki Katana ditawarkan dalam dua warna iaitu Metallic Mystic Silver (YMD), Glass Sparkle Black (YVB) dan dijual pada harga asas RM84,500.

Kesimpulan Hasil Ujian?
Kawalan cukup lembut dan tidak membebankan kedua belah tangan baik menunggang dalam bandar atau tunggangan jarak jauh.

Kuasa enjin yang dilontarkan perlu berhati-hati kepada penunggang yang masih berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi.


Anda akan rasakan keseronokan sewaktu menunggang secara ekstrim atau santai dengan jentera ini sewaktu mengambil selekoh,didalam selekoh mahupun keluar dari selekoh dalam keadaan laju atau santai.

Pengunaan bahan bakar perlukan perkiraan yang cekap berdasarkan kelajuan,permukaan jalan dan jarak perjalanan. Ini kerana tangki minyak maksimum hanya 12 liter sahaja.


Kesimpulannya Saya berpuashati dengan ujian yang dimulai dari K.L- Terenggnu - Kelantan - Kedah - P.Pinang - Perak dan berakhir di K.Lumpur.


Speksifikasi:-


Enjin : 999cm3 empat lejang, penyejukan cecair, enjin inline four
Maks. output: 110kW/10,000rpm
Maks. tork : 108Nm/9,500rpm
Panjang Keseluruhan 2,215mm x Lebar 830mm x Tinggi 1,110mm
Jarak roda: 1.460mm
Berat : 215kg 
Bahan Bakar: 12 liter


Pantun Untuk Katana:-

Nama diambil sempena rekaan pedang,
Bilah melengkung hulu pedang panjang,
Saya suka dan seronok sewaktu menunggang,
Tangan tak lenguh badan pun tidak melengkung

















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ