KTM 390 ADVENTURE 2023 - Dilengkapi ciri-ciri Baharu

KTM 390 Adventure model yang diperkenalkan dinegara kita hampir 3 tahun lepas iaitu selepas wabak Pandemik COVID 19.Seperti  yang kita semua ketahui pengedar jenama KTM di Malaysia Eurotech telah melancarkan model KTM 390 Adventure untuk pasaran tempatan.

Ternyata model ini antara yang menjdi sebutan di bibir peminat versi adventure.Model ini juga menawarkan ciri berspeksifikasi tinggi dengan enjin 390cc.

HK di tawarkan untuk menguji model KTM 390 Adventure terkini iaitu versi 3 yang dikeluarkan penghujung tahun 2022 dan awal 2023.

Sayangnya, HK tidak berpeluang untuk menguji versi 1 dan 2 model berkenaan.Namun HK akan ceritakan tentang perbezaan antara ketiga versi berkenaan.Model ini HK kategorikan sebagai kelas permulaan bagi mereka yang ingin berjinak dengan motosikal 'Adventure Touring'.


Model dari jenama Austria ini telah dibuat di Pune, India. HK akan memberikan penjelasan kepada pembaca secara terperinci mengikut apa yang telah diuji hampir 1,300 km bermula dari Kilang Eurotech di Jitra.

Kita bermula dengan Rekabentuk KTM 390 Adventure.

REKABENTUK:-

Jelas model ini tampil dengan ciri sebuah motosikal ADV. Fork WP APEX 43mm  Fork yang boleh dilaraskan iaitu Compresion dan Rebound terdapat pada kiri dan kanan fork.Cukup mudah untuk mengubahsuai mengikut gaya tunggangan serta permukaan jalan.


Kestabilan yang mantap pada model ini disebabkan oleh kerangka dan subframe steel trellis.Disamping itu juga berat motosikal ini hanya 171 kg.


Tempat duduk berasakan Enduro beserta bentuk yang ramping kurus memudahkan kedua kaki penunggang mencengkam di bahagian sisi motosikal.Footpeg atau tempat letak kaki suatu elemen yang agak menarik.

Cukup lebar dan bergigi,yang mana menyukarkan kasut penunggang dari tergelincir serta membantu kaki mencengkam lebih padu 
dalam pelbagai situasi tunggangan. 


HK pernah menunggang uji KTM Duke 390.Jelas begitu ketara perbezaan model berkenaan dengan 390 Adventure.Antaranya ialah Rekabentuk ,Dimensi,dan kapasiti serta speksifikasi.

ENJIN :-

KTM 390 Adventure masih lagi mengekalkan satu silinder 373cc. DOHC dengan penawaran 44hp dan 37Nm.HK difahamkan model ini dibekalkan dengan dua 'Catalytic Converter' bagi mencapai Standard Euro5.


Hasil tunggang uji yang dilakukan membuktikan model ini berbaloi untuk dimiliki.Ujian agak mencabar sewaktu HK melalui pelbagai selekoh merentasi Grik ke Jeli. Umum mengetahui laluan tersebut memerlukan kesabaran,kecekapan,pengendalian yang cekap, fokus .


HK berpuashati dengan apa yang terhidang di jentera ini. Enjin dengan penambahan  Sistem Quick Shifter cukup hebat terutama dalam menghasilkan enjin breaking sewaktu menyelusuri selekoh yang tajam. 


Sebenarnya bukan perkara enteng untuk masuk kedalam selekoh dengan sebuah motosikal jenis Adventure dalam keadaan laju.Jentera tanpa fairing sudah pasti terasa halangan angin dari hadapan.Disinilah peranan enjin breaking diperlukan walaupun Anda telah menggunakan gear rendah.

KEISTIMEWAAN;-

Traction Control. Sistem ini semenjak diperkenalkan bagi kegunaan dimotosikal jelas membuktikan cukup membantu penunggang. Keistimewaan Traction Control tidak dinafikan lagi menstabilkan motosikal ketika tergelincir sewaktu diselekoh.Traction Control akan mencebgkam jalanraya sekaligus membantu tayar belakang kembali kepada kedudukan selamat.


Sistem Traction Control yang terdapat pada KTM 390 Adventure boleh di 'Off' seandainya penunggang ingin menyelusuri di jalan off road.

Cornering ABS. Sistem ini terbahagi kepada dua mod iaitu OFF Road dan Road.Boleh diubah mengikut kesesuaian.

Bagi penunggang yang kurang berpengalaman dengan Sistem 'Ride By  Wire' boleh mencuba KTM 390 Adventure. Anda pulas throttle dan disitu anda dapat rasakan perbezaan kelancaran kuasa enjin yang dihasilkan oleh sistem tersebut. Bukan kaleng-kaleng sistem 'Ride By Wire'.

HK,baru pertama kali mencuba KTM 390 Adventure secara drastik. Antaranya ingin membuktikan iaitu tayar jagung atau tayar off road mampu mencengkam sebaik mungkin ketika menyelusuri pelbagai selekoh disepanjang laluan Gerik ke Jeli.


Terbukti tayar 'Off Road' yang dipadankan pada model ini cukup sesuai serta beraksi dengan cukup baik.Buktinya HK berjaya meleper semaksima mungkin dengan bantuan sistem 'Suspension Fully Adjustable'. Tiada sebarang keraguan mahupun gusar sewaktu mengambil selekoh dengan laju.


HK tidak melepaskan peluang menguji KTM 390 Adventure pada waktu malam didalam hujan lebat. Ini rutin,ianya bertujuan  menguji sistem Brek ABS,lampu LED cengkaman tayar dengan sistem Traction Control. 

Hasil ujian yang dilakukan HK terkasima dengan sistem brek 4-pot ByBre dengan cakera brek 320mm depan dan 230mm di belakang. Simbahan cahaya  dari Lampu LED tidak perlu dipertikai terbaik sewaktu harungi kepekatan malam yang disimbahi hujan dengan begitu lebat.

KESELESAAN DAN KENDALIAN;-

Bagi topik ini,HK tidak banyak komen. Ini kerana ujian dilakukan secara solo dan juga membonceng. Secara solo ujian dilakukan melebihi 600km.Sementara membonceng ujian dilakukan sejauh 250km.


Penekanan keselesaan kepada pembonceng menjadi isu utama. Hasil dari ujian berkenaan pembonceng tidak menunjukkan sebarang reaksi yang negatif.Keselesaan kusyen belakang,tempat pemijak kaki bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.Ini kerana disepanjang ujian yang dilakukan tiada sebarang komen atau rungutan dari pembonceng.


Pengendalian, topik ini mungkin berbeza pandangan kepada setiap penunggang. Bagi HK isu beban kepada tangan tidak timbul sewaktu rmenunggang jentera ini. Ketinggian mungkin sedikit mempengaruhi bagi mereka yang kurang dari 5,4. 

Tetapi secara fizikal model ini tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan KTM 250 Adventure.Pengendalian cukup mudah,namun kestabilan perlu diubah mengikut kesesuaian serta permukaan jalan. Rebound dan Compression. Keduanya perlu diubahsuai mengikut keselesaan penunggang.


Ini HK buktikan didalam dua situasi berbeza. Sepanjang melalui lebuhraya dalam keadaan memecut,ternyata kawalan pada hendal bukan suatu yang boleh dipandang remeh.Halangan angin kiri dan kanan cukup merimaskan seandainya Rebound dan Compression tidak diubah.

Begitu juga sewaktu melalui selekoh yang tidak menentu ketajamannya. Peranan dan fungsi Rebound dan Compression di situasi berkenaan perlu diubah dan diselaraskan mengikut keyakinan penunggang.

Keseluruhan ujian,HK berpuashati dengan sistem,kemampuan serta perubahan yang terhidang pada KTM 390 Adventure V3 ini.

PERBEZAAN KTM 390 ADVENTURE V1,V2 DAN V3;-

KTM 390 Adventure V1 iaitu model penghujung 2021 dan awal 2022.

A) Seat tinggi
B) Suspension(fork dan Absorber) Travel panjang dan fully adjustable.
C)ABS, Road dan Off Road.
D)Tiada Riding Mode.

KTM 390 Adventure V2;- Model pertengahan tahun 2022

A) Seat rendah dan suspension travel lebih pendek dan suspensi tidak boleh diubahsuai.
B) ABS,Road dan Off Road.
C) Traction Control On dan Off.
D) Tiada Riding Mode.

KTM 390 ADVENTURE V3 -Hujung 2022 dan awal 2023:-

A) Kedudukan seat agak rendah.
B) Ssuepension Travel pendek.
C) Suspensi boleh diadjust sepenuhnya.
D) ABS Road dan Off Road.
E) Traction Control On dan Of
F) Riding Mod ada dua Road dan Off Road.

Bagi pemilik KTM 390 Adventure V1 dan V2 boleh berhubung dengan Kilang Eurotech untuk kemaskini Software(perisian) seperti yang terdapat pada model V3.

Harga yang ditawarkan untuk model KTM 390 Adventure (2023) ialah RM33,800 belum termasuk cukai jalan,yuran pendaftaran,insuran dan lain-lain.

Terdapat dua warna dipasaran negara kita iaitu Oren dan Hitam.Inginkan penerangan lanjut berkenaan model berkenaan,sila rujuk di portal rasmi KTM MALAYSIA.




































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ