Bridgstone Lancarkan Hypersport S23



Seperti "Hypersport," Tayar Bridgestone Battlax Hypersport S23  yang baru dilancarkan adalah untuk kegunaan motosikal yang berbentuk sport atau naked sport untuk tunggangan sporty di atas jalan serta litar.

Ianya merupakan evolusi kepada S22, dengan kompaun yang baharu demi meningkatkan cengkaman di segala sudut mereng motosikal. Seperti biasa, tayar ini turut menggunkan kompaun yang lebih keras di tengah dan yang lebih lembut di sisi.

Kenyataan dari Bridgestone menyatakan, rekaan baharu ini lebih stabil dan memberikan keyakinan untuk selekoh tajam. 

Lurah-lurah air dikenali sebagai Pulse Groove Technology direka agar memberikan kestabilan dan cengkaman di atas pelbagai keadaan jalan, serta jarak dan ketahanan yang lebih lama.


Bagi peminat dua roda di negara kita sudsh pasti tidak asing dengan tayar jenama Bridgstone yang terkenal dengan kompaun bersilika selain memberikan cengkaman baik di atas jalan biasa, tayarnya juga mampu bertahan lebih lama.

Tayar ini akan mula memasukki beberapa pasaran mulai Januari 2024.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ