Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2023

Benarkah Bajaj Akan Perkenalkan PULSAR Enjin 400cc

Imej
  Bajaj merupakan gergasi pengeluaran motosikal di India.Namun keterlihatan agak suram dari pengeluaran model terbaru.  Tapi HarianKabar(HK) mendengar desas desus tahun 2024 Bajaj akan memberikan satu kejutan dengan memperkenalkan model Bajaj dengan enjin 400cc.  Berita yang kami terima model berkenaan akan dikuasai oleh enjin yang sama digunakan pada model Dominar 400.  Secara automatik enjin tersebut menawarkan 40hp @8,800rpm dan 35 Nm pada 6,500rpm.  Model Bajaj PULSAR NS400 juga akan dibekalkan dengan lampu LED sepenuhnya,panel digital meter,fork USD dan ABS dwi saluran.  Difahamkan model ini juga akan menggunakan kerangka sama seperti model NS200,namun kerangka berkenaan akan diperkuatkan lagi bagi menampung enjin yang lebih besar.  Pengarah Urusan Bajaj Auto,Rajiv Bajaj sendiri mengesahkan kenyataan demikian dan akan membuat pelancaran lebih awal dari yang dijangkakan.  

Bakal Mendapat Enjin Baharu 1100cc Dan Tangki lebih Besar - KATANA

Imej
  Keisuke Namerikawa dari bahagian pembangunan enjin mendedahkan kumpulan pereka Suzuki Katana kini memberikan tumpuan kepada menaik taraf enjin dan tangki minyak model berkenaan.  Beliau menambah enjin Katana yang ada sekarang adalah 1000cc. Demi menampakkan model berkenaan lebih berkuasa Katana akan dibesarkan enjinnya menjadi 1100cc.  Menurut Hiroki Matshushita,orang yang dipertanggungjawabkan dalam mereka bentuk tangki minyak untuk Katana menerangkan, tangki minyak yang sedia ada iaitu 12L adalah terlalu kecil.  Demi merelisasikan model Katana dengan enjin 1100cc yang bakal diperkenalkan nanti,tangki minyak model berkenaan juga akan di hidangkan lebih besar dari yang sedia ada.  Hiroki dan kumpulan rekabentuk Katana, turut mengaku rekabentuk Katana terdahulu agak menyukarkan untuk mengimplementasi apa yang dirancang sebelum ini.  Suzuki Katana  akan menjadi evolusi yang signifikan dengan kehadiran tangki minyak yang besar dan enjin yang serba baharu, ujar Ketua Jurutera Suzuki,Tets

KTM 125 DUKE 2024 DiPerkenalkan

Imej
Naked KTM 125 DUKE 2024 telah tampil dengan gaya rekaan baru.Ianya sama seperti model KTM 250 DUKE 2024 dan KTM 390 DUKE 2024. KTM 125 DUKE 2024 yang dilengkapi enjin paling kecil bersesaran 125cc telah dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan.Berjaya menghasilkan kuasa maksimum 14.8hp(11Kw) serta tork maksimum adalah 11.5Nm. Setakat ini terdapat 2 pilihan warna iaitu Electronic Orange dan Atlantic Blue. Terkini model berkenaan hanya ditawarkan dipasaran Eropah dan pasaran terpilih lain. Seperti yang diketahui oleh peminat 2 roda di negara kita,varian KTM DUKE paling kecil ialah model KTM DUKE 200 yang berada dipasaran negara kita. Model berkenaan dilancarkan pada Mac 2021dengan penawaran harga RM 12,888.00. Memandangkan peminat model naked dinegara kita cukup memberangsangkan.  KTM 125 DUKE 2024 merupakan sebuah model yang diyakini mampu menarik minat golongan yang mula berjinak dengan model naked. Disamping itu ian

Terengganu Bike Mix Gegarkan Pantai Penarik

Imej
Acara Ulung yang diadakan di Persisiran Pantai Rhu 10 itu ternyata membuka lembaran baru pada  penduduk setempat dan Daerah Setiu yang jelas terkejut dengan kehadiran "Mat Moto" dari pelbagai model dan jenama. Penganjuran Terengganu Bike Mix 2023 dikategorikan berjaya menghimpunkan seramai 5 ribu pengunjung. Lokasi berhampiran "Wilayah Celup Tepung" itu berpotensi menarik pengunjung dari dalam dan luar negara. Kejayaan Terengganu Bike Mix adalah hasil gabungan 4 sahabat iaitu Pok Alang ( Ketua Event), Hj Ramdhan ( Ketua Gerak kerja/ kewangan), Diami Yusof ( Penasihat/ kewangan) dan Lan Melaka ( Promosi). Sementara tenaga kerja yang teribat seramai 12 orang.Menurut Hj Ramdhan selaku ketua gerak kerja,pemilihan lokasi berkenaan adalah berdasarkan dua faktor. Pertamanya belum pernah selama ini diadakan event permotoran di daerah Setiu.Dan faktor yang kedua memperkenalkan daerah Setiu kepaada pengunjung luar khususnya bikers. Daerah Setiu terutam

Selepas Dua Tahun Hilang Dicuri,Azlan Shah Jumpa Semula Helmet.

Imej
  Helmet Arai kesayangan pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman berjaya ditemui selepas dua tahun hilang akibat dilarikan pencuri.  Melalui perkongsian di media sosial, beliau menceritakan bagaimana dia berjaya menemukan semula helmet Arai Azlan Shah hasil daripada pertolongan seorang individu bernama Amzar.  Difahamkan, Amzar telah menjumpai helmet tersebut dua tahun yang lalu di dalam tong sampah.  Dia kemudiannya telah cuba menghubungi Azlan Shah menerusi “direct message” (DM) di Instagram namun tiada maklum balas sehinggalah Azlan Shah menyemak kembali DM baru-baru ini.  Menurut Azlan Shah, helmet berkenaan antara barang yang dilarikan pencuri yang telah memecah masuk ke rumahnya dalam satu insiden dua tahun lalu. Beliau juga meluahkan rasa bersyukur terhadap penemuan semula helmet itu di samping turut mengucapkan terima kasih kepada Amzar kerana menyimpan helmet tersebut selama dua tahun.     

Benarkah Proton Sedan S50 lancar dua bulan lagi ?

Imej
  ‘Proton S50’ bakal lancar dalam tempoh dua bulan akan datang iaitu sekitar suku keempat tahun ini, demikian kenyataan yang disahkan oleh k etua pegawai eksekutif  Proton , Dr Li Chunrong.  Berita tersebut dsampaikan sewaktu  Majlis Penyerahan Kraf Budaya Malaysia kepada atlet bagi Muzium Sukan Asia Hangzhou.  S50   atau dengan nama kod SS11 itu dilihat beberapa kali menjalani ujian enduran di jalan raya.  Difahamkan, sedan tersebut diposisikan di antara segmen-B dan segmen-C. Bahkan, kemunculan S50 nanti merupakan produk serba baharu dan bukannya pengganti model sedia ada.     Untuk makluman,  Geely Emgrand  menggunakan platform BMA yang turut dipasang pada model  Bin Yue (X50). Model itu menggunakan enjin 1.5-liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 114hp dan tork 147Nm bersama transmisi CVT.  Proton S50  kemungkinan akan dijana oleh enjin SUV X50 iaitu 1.5 liter tiga-silinder turbo yang menghasilkan kuasa 177PS dan tork 255Nm bersama kotak gear klac berkembar tujuh-kelajuan a