Terengganu Bike Mix Gegarkan Pantai Penarik


Acara Ulung yang diadakan di Persisiran Pantai Rhu 10 itu ternyata membuka lembaran baru pada  penduduk setempat dan Daerah Setiu yang jelas terkejut dengan kehadiran "Mat Moto" dari pelbagai model dan jenama.

Penganjuran Terengganu Bike Mix 2023 dikategorikan berjaya menghimpunkan seramai 5 ribu pengunjung.




Lokasi berhampiran "Wilayah Celup Tepung" itu berpotensi menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.

Kejayaan Terengganu Bike Mix adalah hasil gabungan 4 sahabat iaitu Pok Alang ( Ketua Event), Hj Ramdhan ( Ketua Gerak kerja/ kewangan), Diami Yusof ( Penasihat/ kewangan) dan Lan Melaka ( Promosi).




Sementara tenaga kerja yang teribat seramai 12 orang.Menurut Hj Ramdhan selaku ketua gerak kerja,pemilihan lokasi berkenaan adalah berdasarkan dua faktor.

Pertamanya belum pernah selama ini diadakan event permotoran di daerah Setiu.Dan faktor yang kedua memperkenalkan daerah Setiu kepaada pengunjung luar khususnya bikers.

Daerah Setiu terutama pantai Rhu 10,Penarik sememangnya terkenal sebagai lubuk makanan laut.

Tambahan pula dua lokasi percutian iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian berdekatan dengan daerah berkenaan.


Majoriti pemilik motosikal yang berkunjung ke acara berkenaan berpuashati dengan lokasi penganjuran.

Kemudahan mendapatkan makanan laut yang segar,makanan asasi penduduk tempatan seperti nasi dagang dan homestay cukup mudah.



Hj Ramdhan Mamat yang berpengalaman dalam menganjurkan 3 acara perhimpunan motosikal sebelum ini berkata, perancangan untuk adakan event ini bermula bulan Feb 2023.

Idea untuk mengadakan acara berkenaan ujud secara spontan sewaktu berjumpa Pok Alang.Idea berkenaan dipanjatkan kepada Diami Yusof (AyahMat Ge Mekoh Nge Muto) dan Lan Melaka.


Seperti biasa kekangan dana merupakan masaalah bagi mana- mana penganjur.Dana untuk Terenganu Bike Mix 2023 adalah hasil muafakat antara keempat sahabat tersebut.

Namun melihatkan kepada kehadiran penduduk tempatan serta pemilik motosikal dari seluruh semenanjung serta negara jiran termasuk wakil dari Indonesia.


Jelas acara yang julung kali diadakan itu turut menjana ekonomi peniaga tempatan.

Pelbagai agensi tempatan turut terlibat antaranya Polis Daerah Setiu,Majlis Daerah Setiu,Pejabat Daerah Setiu,Kesihatan Daerah Setiu,JPAM,RELA SATU dan JKR. 


Terengganu Bike Mix 2023 telah dirasmikan oleh YB Adun Permaisuri Wakil Exco Sukan, Belia & NGO, Haji Yusof Majid. 

Menurut Hj Yusof, event berkenaan seharusnya dijadikan event tahunan. Ketampakkan kesan positif  dengan kehadiran penduduk setempat.

Naratifnya kehadiran tetamu dari luar negara seperti bikers Singapura,Thailand dan wakil bikers dari Indonesia mengambarkan event berkenaan perlu diteruskan pada tahun mendatang.


Kita akan memberi kerjasama dan menyokong penganjur untuk meneruskan acara seperti ini pada masa akan datang.Aktiviti kemasyrakatan akan diterapkan didalam acara ini nanti, ujar Adun Permaisuri. 

Pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti motosikal Yamaha Y15 ditaja oleh HVM AUTO PARTS(M) Sdn Bhd dan EBike pula di taja oleh CF MOTO ATV SPORTS & STYLE sebanyak 2 buah. 


Terengganu Bike Mix 2023 telah digamatkan lagi dengan kehadiran penyanyi 80an Atok Blank dari Kumpulan Blank Gamma dengan persembahan lagu-lagu popular 80an dan pengacara majlis yang versatil Syamsul Gau-Gau. 

Meskipun event Terengganu Bike Mix nampak ringkas dan agak kurang menyerlah pengisiannya,namun kehadiran pengunjung yang diluar jangkaan. 


Situasi ini menjelaskan event tersebut berjaya menarik pelancong berkunjung ke "Wilayah Celup Tepung" khususnya kepada golongan pencinta dua roda. 


































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ