Bakal Mendapat Enjin Baharu 1100cc Dan Tangki lebih Besar - KATANA

 




Keisuke Namerikawa dari bahagian pembangunan enjin mendedahkan kumpulan pereka Suzuki Katana kini memberikan tumpuan kepada menaik taraf enjin dan tangki minyak model berkenaan. 




Beliau menambah enjin Katana yang ada sekarang adalah 1000cc. Demi menampakkan model berkenaan lebih berkuasa Katana akan dibesarkan enjinnya menjadi 1100cc. 




Menurut Hiroki Matshushita,orang yang dipertanggungjawabkan dalam mereka bentuk tangki minyak untuk Katana menerangkan, tangki minyak yang sedia ada iaitu 12L adalah terlalu kecil. 




Demi merelisasikan model Katana dengan enjin 1100cc yang bakal diperkenalkan nanti,tangki minyak model berkenaan juga akan di hidangkan lebih besar dari yang sedia ada. 

Hiroki dan kumpulan rekabentuk Katana, turut mengaku rekabentuk Katana terdahulu agak menyukarkan untuk mengimplementasi apa yang dirancang sebelum ini. 




Suzuki Katana  akan menjadi evolusi yang signifikan dengan kehadiran tangki minyak yang besar dan enjin yang serba baharu, ujar Ketua Jurutera Suzuki,Tetsuji Nojiri. 




Tambahnya lagi, walau bagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penekanan samaada mengekalkan panel meter LCD yang sedia ada atau perubahan,apa yang pastinya Katana akan berevolusi. 




Informasi berkenaan telah disuarakan sewaktu berlangsungnya KATANA Meeting 2023 di Jepun yang dihadiri oleh 1,200 pengunjung dan 1,118 buah motosikal Katana bertempat di Hamamatsu Fruit Park Tokinosu. 

Acara gilang gemilang berkenaan turut dihadiri oleh Presiden Suzuki Toshihiro Suzuki. 

Presiden Suzuki Mr Toshihiro Suzuki


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ