Selepas Dua Tahun Hilang Dicuri,Azlan Shah Jumpa Semula Helmet.

 




Helmet Arai kesayangan pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman berjaya ditemui selepas dua tahun hilang akibat dilarikan pencuri. 

Melalui perkongsian di media sosial, beliau menceritakan bagaimana dia berjaya menemukan semula helmet Arai Azlan Shah hasil daripada pertolongan seorang individu bernama Amzar. 

Difahamkan, Amzar telah menjumpai helmet tersebut dua tahun yang lalu di dalam tong sampah. 

Dia kemudiannya telah cuba menghubungi Azlan Shah menerusi “direct message” (DM) di Instagram namun tiada maklum balas sehinggalah Azlan Shah menyemak kembali DM baru-baru ini. 

Menurut Azlan Shah, helmet berkenaan antara barang yang dilarikan pencuri yang telah memecah masuk ke rumahnya dalam satu insiden dua tahun lalu.

Beliau juga meluahkan rasa bersyukur terhadap penemuan semula helmet itu di samping turut mengucapkan terima kasih kepada Amzar kerana menyimpan helmet tersebut selama dua tahun. 




 



 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ